Portal myTNB: Keupayaan Pemantauan Profil Data Penggunaan Tenaga

Cara yang mudah untuk memantau penggunaan tenaga elektrik kita, iaitu melalui portal myTNB.



Bayangkan anda hidup bergelap tanpa tenaga elektrik. Bukan sahaja pergerakan kita terbatas tetapi kehidupan harian juga terjejas. Kini, tenaga elektrik bukan sahaja digunakan untuk lampu tetapi juga alat penyaman udara, kipas, peralatan memasak dan sebagainya. Namun, penggunaan tenaga ini bukan benda percuma. Untuk menikmati kemudahan tenaga elektrik ini, kita perlu membayar amaun berdasarkan tarif penggunaan kita di rumah kediaman, premis perniagaan, pusat pendidikan dan sebagainya. Terdapat cara yang mudah untuk memantau penggunaan tenaga elektrik kita, iaitu melalui portal myTNB.


Pada 21 Julai 2016, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperkenalkan portal perkhidmatan dalam talian. Portal tersebut dikenali sebagai myTNB Self Service Portal atau singkatannya portal myTNB. Pada masa kini, segala pembayaran bil elektrik boleh dilakukan secara dalam talian. Di samping itu, pengguna juga boleh memantau kadar penggunaan tenaga elektrik di kediaman mereka pada bila-bila masa dan di mana jua melalui portal tersebut. Pemilik rumah berdaftar mempunyai akses penuh kepada butiran akaun penuh di portal myTNB. Bagi penyewa rumah, mereka mempunyai akses terhad kepada akaun bagi melindungi privasi pemegang akaun berdaftar. Pendekatan ini boleh mengurangkan kebergantungan pada penggunaan kertas. Akses terhadap semua maklumat diperlukan secara digital melalui portal myTNB ini.



Kesimpulannya, dengan penyediaan maklumat tentang profil data penggunaan tenaga semasa yang lebih tepat, maka pengguna dapat mengenal pasti peralatan elektrik atau sebarang aktiviti yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi di kediaman mereka.


Secara tidak langsung, ia membantu pengguna untuk merancang penggunaan tenaga di kediaman mereka dan seterusnya membantu menjimatkan bil elektrik mereka.



Sumber: Advanced Metering Infrastructure (AMI)