Kenderaan Elektrik Di Malaysia: Apa Anda Perlu Tahu?
Penggunaan kenderaan elektrik merupakan langkah positif dalam memastikan industri mobiliti yang lebih bersih dan lestari. Perkembangan teknologi memberi harapan ke arah masa depan yang lebih baik bagi alam sekitar dan masyarakat sedunia secara keseluruhannya.

Sukar untuk kita nafikan bahawa kenderaan elektrik (Electric vehicle - EV) semakin mendapat tempat di hati pengguna. Malah, ia mungkin akan menjadi kenderaan pilihan orang ramai untuk tahun-tahun akan datang.
Di kebanyakan negara yang membangun, mereka giat mempromosikan EV berbanding kenderaan konvensional sebagai usaha pelestarian alam sekitar di peringkat global. Jadi, tidak hairanlah syarikat insurans/takaful menawarkan diskaun untuk pengguna EV kerana faedah alam sekitar yang dikaitkan dengan kenderaan elektrik tersebut.
Oleh itu, mencari perlindungan yang menawarkan diskaun istimewa dan insentif daripada kerajaan yang boleh mengurangkan kos pemilikan EV amat disyorkan, kerana ini juga menentukan kos premium insurans/takaful anda.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk anda ketahui berapa harga EV, dan faedah serta kelemahan sebelum membuat sebarang pembelian.


Kos penggunaan bahan api yang rendah
Menurut Carlist, kos mengecas EV di rumah adalah lebih rendah berbanding kos mengisi minyak petrol untuk kenderaan konvensional. Sebagai contoh, untuk menempuh jarak 400 km, kos mengecas EV dengan kapasiti bateri 62 kWh hanya sekitar RM35.40, manakala kos petrol boleh mencecah RM57 bagi jarak yang sama.
Ini bermakna kos penggunaan EV adalah sekitar 8.9 sen setiap kilometer, berbanding kos penggunaan petrol sebanyak 14.25 sen setiap kilometer. Perbezaan ini menunjukkan penjimatan sebanyak 36% apabila menggunakan EV.
Kos penyelenggaraan yang rendah
Kos penyelenggaraan EV adalah lebih rendah berbanding kenderaan yang menggunakan minyak petrol mahupun diesel. Ini kerana EV tidak memerlukan penukaran minyak enjin, penapis, atau tali sawat. Penyelenggaraan EV biasanya hanya melibatkan pemeriksaan asasseperti tayar dan sistem brek. Malah, sistem brek EV lebih tahan lama disebabkan penggunaan teknologi brek regenerative. EV juga lebih mudah diselenggara kerana tiada keperluan untuk penukaran minyak atau penggantian injap.
Walau bagaimanapun, penjimatan sebenar bergantung pada beberapa faktor. Antaranya ialah harga elektrik dan jarak perjalanan harian, serta kos pembelian awal kereta. Namun begitu, dengan penggunaan jangka panjang dan harga teknologi bateri yang semakin menurun, EV berpotensi menjadi pilihan yang lebih menjimatkan berbanding kenderaan konvensional.
Kesimpulannya, penggunaan kenderaan elektrik merupakan langkah positif dalam memastikan industri mobiliti yang lebih bersih dan lestari. Meskipun masih ada cabaran yang perlu diatasi, perkembangan teknologi ini memberi harapan ke arah masa depan yang lebih baik bagi alam sekitar dan masyarakat sedunia secara keseluruhannya.

Kos penyelenggaraan EV adalah lebih rendah berbanding kenderaan yang menggunakan minyak petrol mahupun diesel.
Sumber: Bjak Sdn Bhd (“BJAK”), www.bjak.my