Berwaspada Terhadap Penipuan Kewangan Yang Semakin Berleluasa

Dalam era digital yang semakin berkembang, ancaman penipuan kewangan terus meningkat kerana taktik dan modus operandi yang digunakan oleh penjenayah semakin rumit dan sukar dikesan, menyebabkan ramai individu mengalami kerugian besar


Dalam era digital yang semakin berkembang, ancaman penipuan kewangan terus meningkat dan menjadi cabaran besar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Taktik dan modus operandi yang digunakan oleh penjenayah semakin rumit dan sukar dikesan, menyebabkan ramai individu mengalami kerugian besar. Oleh itu, kesedaran dan langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.

Peranan masyarakat dan pihak berkuasa
Membanteras penipuan kewangan memerlukan usaha bersama antara masyarakat dengan pihak berkuasa. Kerajaan telah menubuhkan NSRC bagi menangani kes penipuan dengan lebih pantas. Setakat November 2023, pusat ini berjaya menyekat transaksi bernilai RM33 juta daripada jatuh ke tangan penjenayah.

Selain itu, institusi kewangan juga perlu memperketat kawalan keselamatan bagi mengelakkan akaun pelanggan daripada digodam atau disalahgunakan dengan mudah. Kesedaran dalam kalangan masyarakat turut memainkan peranan penting dalam membendung jenayah ini. Kempen pendidikan, perkongsian maklumat di media sosial, serta pendedahan kepada teknik penipuan terkini boleh membantu mengurangkan jumlah mangsa penipuan.

Kesimpulannya, penipuan kewangan bukan isu kecil, tetapi satu ancaman yang semakin membesar dan boleh menimpa sesiapa sahaja. Kesedaran, kepekaan dan langkah berjaga-jaga ialah kunci utama dalam melindungi diri dan masyarakat daripada menjadi mangsa sindiket penipuan. Dengan kerjasama pihak berkuasa, institusi kewangan dan masyarakat, jenayah ini dapat dikurangkan demi kesejahteraan bersama.


Sumber: Jenayah Komersial dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)