Kita mampu mengubah kehidupan menjadi stabil dan mempunyai kewangan yang kukuh bagi diri sendiri dan generasi akan datang dengan ilmu, disiplin dan kemahiran yang betul
Pengurusan kewangan sering kali dirasakan sebagai satu cabaran kerana ia memerlukan disiplin. Dengan ilmu dan kemahiran yang betul — serta disiplin — kita sebenarnya mampu mengubah likuliku kehidupan menjadi kestabilan dan kekuatan kewangan bagi diri sendiri dan generasi akan datang. Ikuti bagaimana pendidikan kewangan dapat mencetuskan perubahan yang berkekalan merentasi generasi melalui seorang ibu tunggal yang berkongsi pengajaran berharga tentang wang dan kehidupan.
Perjalanan kewangan yang memberikan inspirasi Kehidupan wanita ini terumbang-ambing untuk membesarkan dua orang anak perempuan tanpa sokongan kewangan selepas ditinggalkan suami. Setiap hari, dia berjuang untuk memastikan anakanaknya selamat dan kenyang. Mujurlah saudara lelakinya menanggung perbelanjaan asas seperti susu dan yuran tadika. Namun, rasa bersalah sentiasa membelenggu diri sehinggalah terbit keberanian dalam hatinya untuk berkata, “Saya tidak mahu dibantu lagi. Saya mahu mula menjana pendapatan sendiri.” Ikrar itu menjadi titik permulaan kepada perubahan hidupnya.
Dia mula membina semula kehidupannya perlahan-lahan. Dia menawarkan perkhidmatan urutan dan kecantikan, serta mengendalikan kelas kecil. Setiap pelanggan atau murid baharu ialah satu langkah ke arah mendapatkan semula maruah dan tujuan hidupnya. Meskipun berpendapatan sederhana, dia berjaya menjana sumber kewangan sendiri.
Pendapatan sendiri sememangnya menjadi penyelamat, tetapi pendidikan kewanganlah yang mengubah segalagalanya. Dia menyertai bengkel yang direka khas untuk ibu tunggal. Dalam bengkel tersebut, dia mempelajari tentang pengurusan aliran tunai, pinjaman, pengurusan kredit dan cara mengelakkan penipuan. Semuanya berguna, namun alat yang kelihatan paling ringkas itulah yang paling bermanfaat — Buku Harian Wang.
Peserta bengkel dicabar untuk menabung RM1,001 dalam tempoh 100 hari. Setiap hari, dia akan menggores jumlah sasaran tabungan. Pada mulanya, ia terasa mustahil. Bagaimana seorang ibu tunggal boleh menabung sebanyak RM50 sehari? Namun, dia menyedari bahawa menabung bukanlah berkaitan dengan jumlah yang disimpan, tetapi disiplin dan konsistensi. Setiap ringgit yang disimpan ialah satu langkah ke hadapan. Dengan disiplin dan keyakinan, dia akhirnya berjaya melepasi sasaran dengan simpanan hampir RM2,000 dalam tempoh 100 hari.
Sepuluh tahun kemudian, Diya berdiri di hadapan khalayak sambil membacakan surat ibunya itu. Diya, kini sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, menceritakan bagaimana keberanian ibunya melalui Program Kasih Ibu Tunggal (PROKIT) telah mengubah hidup mereka.
Kisah ini menunjukkan bahawa kita tidak perlu menetapkan matlamat yang terlalu besar untuk mengubah kehidupan. Cukup dengan langkah-langkah kecil, sedikit disiplin dan kesyukuran untuk meraikan pencapaian kecil sepanjang jalan.
Dan, ilmu kewangan ialah kunci yang dapat membuka peluang yang tidak terkira, mengubah kehidupan dan membina generasi yang lebih teguh.
Diadaptasi daripada artikel AKPK, “Managing Money: A Delicate Dance of Discipline” PROKIT (Program Kasih Ibu Tunggal) ialah program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang bertujuan memperkasakan kewangan golongan ibu tunggal. Ia merupakan inisiatif pendidikan kewangan yang membantu ibu tunggal mengurus kewangan mereka dengan lebih baik.