Hutang: Sahabat Atau Musuh Senyap Anda?

Berdasarkan data terkini daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar 30% rakyat Malaysia menganggap bahawa hutang mereka telah membebankan hidup mereka


Isu keterhutangan dalam kalangan rakyat Malaysia kini menjadi salah satu topik perbincangan yang hangat. Berdasarkan data terkini daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar 30% rakyat Malaysia menganggap bahawa hutang mereka telah membebankan hidup mereka. Keterhutangan bukan sahaja memberi tekanan terhadap individu malah turut memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara secara keseluruhan.