Kesejahteraan (Wellness) Dan Kecantikan: Pelaburan Kesihatan Atau Perangkap Emosi?

Arus perederan media sosial dan pemasaran agresif terhadap sektor kesejahteraan dan kecantikan menjadi fenomena yang memberikan impak kewangan yang besar, terutama kepada golongan rentan seperti remaja, wanita muda, pesara, dan mereka yang mudah terpengaruh


Kecantikan dan kesejahteraan ialah dua aspek penting dalam kehidupan. Namun, arus media sosial dan pemasaran agresif telah mengangkat sektor kesejahteraan dan kecantikan menjadi industri besar yang nilainya mencecah berbilion ringgit. Fenomena ini memberi impak kewangan yang besar, terutama kepada golongan rentan seperti remaja, wanita muda, pesara dan mereka yang mudah terpengaruh. Apakah yang membezakan keperluan sebenar dengan perangkap pemasaran dalam industri kesejahteraan dan kecantikan?

Apa yang boleh kita pelajari daripada kes ini?
Kes seperti ini membongkar isu penting dalam industri kesejahteraan:

  • Promosi tidak telus: Tawaran yang menarik pelanggan tanpa lokasi premis yang tetap atau tempoh sah perkhidmatan yang jelas
  • Ketiadaan dasar bayaran balik yang adil
  • Pelanggaran Akta Perlindungan Pengguna 1999, khususnya berkaitan dengan hak untuk mendapat maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan

Cara melindungi diri sebagai pengguna
Untuk melindungi diri daripada situasi seperti ini:

  1. Semak dan baca terma dan syarat dengan teliti sebelum membeli sebarang pakej promosi kesejahteraan
  2. Pastikan lokasi, tempoh sah perkhidmatan dan dasar pembatalan dinyatakan dengan jelas
  3. Elakkan pembelian impulsif secara dalam talian terutama semasa promosi agresif
  4. Simpan semua bukti pembelian (resit, tangkapan layar promosi, perbualan perkhidmatan pelanggan)
  5. Laporkan sebarang amalan yang mengelirukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui EzAdu (kpdn.gov.my)