Suruhanjaya Tenaga (ST): Pengawal Selia Sektor Tenaga Malaysia
Untuk menjamin keselamatan, kecekapan dan hak pengguna, Suruhanjaya Tenaga (ST) berperanan sebagai pengawal selia utama sektor tenaga Malaysia ke arah sistem bekalan yang mampan dan berpatutan.

DALAM era yang menyaksikan tenaga menjadi nadi kepada pembangunan negara, peranan Suruhanjaya Tenaga (ST) amat penting dalam sektor tenaga Malaysia. ST ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610). ST bertanggungjawab memastikan bahawa bekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah adalah selamat, stabil, dan disediakan pada kadar yang berpatutan kepada pengguna.

Sebagai pengguna, kita perlu memahami peranan dan tanggungjawab ST untuk memastikan hak dan kepentingan kita dalam sektor tenaga kekal terpelihara. ST bertindak sebagai pengawal selia, dan sebagai pelindung pengguna, memastikan bahawa bekalan tenaga yang kita terima adalah selamat, berkualiti, stabil dan berpatutan. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, kita dapat menuju ke arah masa depan tenaga yang lebih mampan dan efisien.
Sumber: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)