Panduan Lengkap Produk Solar Di Malaysia: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Penggunaan tenaga solar kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk menjimatkan kos elektrik dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan insentif kerajaan yang menggalakkan.

DENGAN peningkatan kesedaran terhadap kepentingan tenaga boleh baharu, Malaysia kini giat menggalakkan penggunaan tenaga solar, terutamanya dalam sektor domestik dan komersial. Tenaga solar menjadi pilihan utama kerana ia mesra alam, membantu mengurangkan kesan pemanasan global serta menjimatkan bil elektrik pengguna. Oleh sebab itu, sistem panel solar di Malaysia semakin mendapat sambutan. Malah, pihak kerajaan juga amat menyokong dan turut memberikan bantuan insentif kepada pengguna tenaga solar.
Walaupun cabaran masih ada, manfaat jangka panjang dari segi penjimatan kos dan sumbangan terhadap alam sekitar menjadikan sistem solar sebagai pilihan yang bijak bagi pengguna di Malaysia. Dengan bantuan insuran solar seperti SuriaShield, pengguna boleh melindungi pelaburan sistem solar atas bumbung mereka. Oleh itu, sekarang adalah masa yang tepat untuk mempertimbangkan pemasangan sistem solar di rumah kediaman atau bangunan komersial.

Tenaga solar terus menjadi pilihan utama kerana ia mesra alam, dapat mengurangkan kesan pemanasan global serta menjimatkan bil elektrik pengguna.
Sumber: Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia