Melindungi Hak Anda Sebelum, Semasa dan Selepas Projek Pembinaan
Ketahui langkah penting untuk melindungi hak anda dalam projek pembinaan

MENGUPAH kontraktor untuk kerja pembaikan atau pengubahsuaian rumah merupakan perkara biasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Pengguna lazimnya mempercayai kontraktor untuk menjalankan kerja dengan baik dan selamat, sama ada dalam hal yang melibatkan pembaikan bumbung yang bocor, pendawaian elektrik, kerja paip atau pengubahsuaian rumah.
Malangnya, bukan semua projek pembinaan atau pembaikan berjalan lancar.
Pada setiap tahun, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima pelbagai aduan melibatkan kontraktor dan perkhidmatan pembaikan. Banyak pengguna menghadapi masalah seperti mutu kerja yang tidak memuaskan, projek terbengkalai, kos tersembunyi, pembaikan yang rosak, dan kontraktor yang enggan membaiki kesilapan selepas menerima bayaran. Dalam sesetengah keadaan, pengguna membelanjakan ribuan ringgit, tetapi akhirnya menghadapi masalah yang lebih besar.
Walaupun undang-undang pengguna di Malaysia menyediakan perlindungan kepada pengguna, namun banyak pengguna secara tidak sedar melemahkan hak mereka sendiri melalui kesilapan mudah semasa proses pembinaan. Sungguhpun demikian, banyak pertikaian sebenarnya boleh dielakkan melalui perancangan, komunikasi dan kesedaran yang baik.
Artikel ini mengetengahkan beberapa perkara penting yang perlu dilakukan dan dielakkan oleh pengguna sebelum, semasa dan selepas projek pembinaan.



Sumber: Nuraiesya Khanoon binti Thariq Khan, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (National Consumer Complaints Centre [NCCC])