Perkara Penting Pengguna Perlu Tahu Mengenai Kontrak Perkhidmatan Hadapan

Tempahan untuk sesuatu majlis yang melibatkan penyedia perkhidmatan atau pembekal dikenali sebagai Kontrak Perkhidmatan Hadapan dan termaktub di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Ia merupakan satu kontrak antara pengguna dan pembekal atau penyedia perkhidmatan.


Ketika negara dilanda wabak pandemik COVID-19, ramai yang berdepan dengan masalah kewangan, baik pengguna mahupun pembekal atau penyedia perkhidmatan. Sejak bulan Mac 2020, pelbagai rancangan aktiviti tidak dapat dijalankan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Semasa arahan PKP diperkenalkan, hanya beberapa sektor yang tersenarai dalam kategori perkhidmatan penting negara sahaja dibenarkan beroperasi seperti sektor makanan, air, tenaga, komunikasi dan internet, keselamatan, pertahanan dan sebagainya.  Hal ini adalah kerana kerajaan ingin mengawal pergerakan rakyat  bagi mengekang  penularan virus dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, perancangan awal para pengguna seperti majlis perkahwinan, pelancongan, dan aktiviti-aktiviti lain telah dibatalkan kerana aktiviti tersebut bukanlah satu keperluan yang penting semasa pandemik ini.


Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima sebanyak 2,635 jumlah aduan daripada pengguna yang telah membayar wang pendahuluan untuk tempahan pelbagai majlis atau aktiviti bagi tahun 2020 dan 2021 seperti majlis perkahwinan, pertunangan, upacara keagamaan, fotografi, pelancongan dan sebagainya. Ramai penyedia perkhidmatan seperti penyedia dewan, restoran, jurugambar dan juga  katerer makanan yang telah mengambil wang pendahuluan enggan mengembalikan wang pendahuluan sedangkan aktiviti tersebut perlu dibatalkan apabila pihak kerajaan memperkenalkan arahan PKP. Malah ada sesetengah pengguna yang telah membuat bayaran penuh akibat desakan daripada pembekal atau penyedia perkhidmatan.


Para pengguna perlu tahu tempahan untuk sesuatu majlis yang melibatkan penyedia perkhidmatan atau pembekal  dikenali sebagai Kontrak Perkhidmatan Hadapan dan termaktub di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.  Perkara ini merupakan satu kontrak antara pengguna dan pembekal atau penyedia perkhidmatan.





Para pengguna kemudiannya perlu memfailkan kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau TTPM.  Setiap negeri mempunyai cawangan TTPM masing-masing. Kos untuk memfailkan kes ini adalah sebanyak RM5.00.


Di TTPM, pengguna perlu mengisi borang untuk memfailkan kes. Satu tarikh akan diberikan dan kedua-dua pihak iaitu pihak yang menuntut (pengadu) dan pihak penentang (pihak penjual/pembekal) perlu hadir. Seorang Presiden akan mengadili kes tuntutan bagi kedua-dua pihak. Prosedur untuk memfailkan kes boleh dirujuk di laman sesawang TTPM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di  www.kpdnhep.gov.my.


Jadi kepada pengguna yang menghadapi masalah  mengenai kontrak  perkhidmatan hadapan dengan penyedia perkhidmatan atau pembekal, anda boleh melayari laman sesawang KPDNHEP untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Akhir kata, jadilah seorang pengguna yang bijak dan peka dengan hak-hak mereka.



Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)