Memahami Perkara Berkaitan Kecurian Identiti

Apakah kepentingan dalam merahsiakan butiran peribadi anda? Kecurian identiti berlaku apabila maklumat peribadi anda dicuri dan digunakan oleh penjenayah siber atau penipu untuk mendapatkan akses ke pelbagai bidang kehidupan digital anda. Memandangkan kelaziman kecurian identiti dan ancaman dalam talian yang lain, terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri anda.


Pencurian identiti adalah jenayah yang menjadi lebih lazim dengan perkembangan transaksi digital dan penerimaan e-dagang. Laporan Global Insights: April 2022 Experian mendapati ramai rakyat Malaysia berhati-hati dengan pengalaman digital mereka, di mana 84% daripada mereka 'sangat' dan 'agak' prihatin semasa menjalankan transaksi dan aktiviti dalam talian. Menurut Statistik Kejadian 2021 Cyber999, dari CyberSecurity Malaysia, 319 kes kecurian identiti telah dilaporkan di Malaysia setakat ini (Jan-Ogos 2021), dengan jumlah 517 kes pada tahun 2020.

Setelah meneliti pergerakan aktiviti membeli-belah dalam talian, penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ASP Mohd Sa'adon Sabirin, berkongsi bahawa sebanyak 8,162 kes penipuan e-dagang dengan kerugian berjumlah RM57.73 juta telah dilaporkan setakat Oktober 2021. Jumlah kejadian yang meningkat sejak tahun 2020, telah menyaksikan 5,848 kes yang melibatkan kerugian RM35.88 juta.

Penyalahgunaan identiti asing boleh menyebabkan kerosakan yang besar bukan hanya dari segi kewangan, malah kerjaya dan juga nyawa boleh musnah jika pihak ketiga menyalahguna identiti seseorang.

Dalam artikel ini, kami akan bincangkan apa itu kecurian identiti, cara anda boleh melindungi diri dan mengelak daripada menjadi mangsa.


Cara kecurian identiti berlaku

Apabila penjenayah menyalahgunakan nama atau identiti pihak ketiga, mereka biasanya mengejar salah satu daripada dua objektif. Pertama, mereka ingin mendapatkan faedah kewangan dengan menggunakan orang yang berkenaan. Atau kedua, mereka ingin mencederakan orang itu kerana motif rendah (lower motives) seperti rasa benci, cemburu disebabkan cinta, iri hati, dengki atau dendam. 

Contohnya, penjenayah boleh membeli barang atau menyalahgunakan data kad kredit di bawah nama palsu. Pelaku juga boleh menerbitkan sesuatu dengan menggunakan nama mangsa mereka untuk membuat serangan siber atau pengumuman amuk. Identiti anda mungkin dijual di Web Gelap (dark web) - pasaran di mana maklumat peribadi yang dicuri boleh dibeli dan dijual.



Apa yang boleh anda lakukan sebagai mangsa kecurian identiti?

Jika anda menjadi mangsa kecurian identiti Internet, anda perlu bertindak dengan cepat dan menyeluruh supaya kerosakan tidak bertambah.


  • Semak jika berlaku kejadian jenayah. Jika ada, laporkan kepada pihak polis dengan segera. Jika anda mengesyaki ada sebarang aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang dan ingin melaporkannya, anda boleh menghubungi Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) dari CyberSecurity Malaysia. Sila rujuk https://www.mycert.org.my/portal/full 
  • Dalam semua keadaan, laporkan kepada jabatan polis tempatan bahawa anda menghadapi ancaman penjenayah. Ini sangat membantu sekiranya pesalah melakukan atau mengumumkan kesalahan jenayah bagi pihak anda, kerana ia membantu pegawai polis menilai situasi dengan betul.
  • Jika nama anda telah disalahgunakan dalam rangkaian sosial, hubungi pengendali platform yang terjejas (fungsi "Laporkan") dan minta:
  1. Dapatkan bukti (alamat e-mel semasa pendaftaran, alamat IP, cetakan dan lain-lain
  2. Pemadaman segera maklumat

  • Jika nama anda disalahgunakan di rangkaian sosial:
  1. Maklumkan kejadian itu pada rangkaian yang sama di akaun sebenar
  2. Beri amaran kepada keluarga, rakan serta jiran, rakan kongsi perniagaan dan majikan anda bahawa nama dan/atau data peribadi anda telah disalahgunakan oleh pihak ketiga. Ini akan membantu untuk mengelakkan salah faham.

  • Semak data peribadi atau maklumat sensitif yang anda ada yang boleh disalahgunakan. Selain itu, tukar tetapan data peribadi dan privasi bagi semua rangkaian sosial anda (Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain).
  • Tukar kata laluan penting dengan segera: perkhidmatan Internet seperti e-mel, Facebook, perbankan dalam talian dan sebagainya. Mungkin pelaku telah mendapat akses kepada perkhidmatan anda atau ingin melarikan diri.
  • Fikir dengan teliti tentang siapa yang mungkin melakukan perbuatan tersebut. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan seseorang yang berkaitan dengan anda.
  • Langgan perkhidmatan pemantauan web gelap seperti Experian TrackMyID, dengan imbasan 24/7 dan makluman harian jika maklumat peribadi anda telah terjejas.
  • Atau, naik taraf kepada Experian JagaMyID dengan faedah 2-dalam-1 amaran pemberitahuan kredit dan pergerakan profil kredit pada masa yang sama. Anda boleh melindungi kesihatan kredit anda dengan langganan tahunan untuk menghalang penipuan identiti sambil mengekalkan i-SCORE yang konsisten dan sihat pada laporan kredit peribadi anda.




More from LANGKAH PRIHATIN

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak, khususnya apabila berkaitan soal masa depan bagi menjamin pendidikan mereka. Oleh itu, ramai ibu bapa yang sudah mula menabung sejak anak mereka kecil lagi. Skim yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan banyak ganjaran kepada mereka yang menyimpan wang untuk pendidikan akan datang.

Penipuan insurans sememangnya semakin berleluasa pada hari ini. Oleh yang demikian, anda perlu persiapkan diri dengan pengetahuan yang diperlukan untuk mengelak daripada menjadi mangsa. Artikel ini adalah untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penipuan dalam insurans.