Adakah Anda Memerlukan Pakar Perancangan Kewangan?

Pakar perancangan kewangan berlesen adalah individu terlatih yang sedia membimbing anda melalui cabaran merancang kewangan dan seterusnya ke arah kejayaan



Sekalung tahniah untuk mereka yang telah menguasai perancangan kewangan dari peringkat awal — teruskan usaha anda! Bagi mereka yang lain pula, merancang kewangan boleh menjadi satu perkara yang sukar kerana untuk mendapatkan dan menjamin kewangan sendiri bukanlah mudah. Namun, perkara ini tidak perlu dihadapi seorang diri. Pakar perancangan kewangan berlesen boleh membantu dan membimbing individu melalui cabaran ini dan seterusnya ke arah kejayaan.

Siapakah pakar perancangan kewangan?

Pakar perancangan kewangan berlesen ialah seorang profesional yang terlatih untuk membimbing pengguna membuat keputusan yang terbaik. Ini merangkumi semua aspek kewangan, sama ada dalam mencapai matlamat kewangan peribadi atau mengendalikan selok-belok pasaran kewangan. Selain itu, mereka memastikan segala piawaian peraturan dipatuhi. Pakar-pakar perancangan kewangan ini telah mendapatkan pensijilan melalui peperiksaan dan disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Secara ringkasnya, pakar perancangan kewangan mampu menghulurkan bantuan berupa nasihat berkaitan dengan pengurusan aliran wang tunai, perancangan pelaburan serta persediaan persaraan, pemilihan insurans, dan pengendalian pelbagai jenis cukai dan harta pusaka. Mereka juga mampu mencadangkan jenis-jenis pelaburan tertentu seperti dana, saham, atau bon, bergantung kepada pelan kewangan dan keutamaan risiko anda.

Perbezaan antara perancang kewangan dan ejen insurans


Adakah saya memerlukan perkhidmatan perancangan kewangan?

Jika anda pernah terfikir mengenai mana-mana soalan berikut, ini menandakan anda mungkin memerlukan perkhidmatan perancangan kewangan:

  • Adakah saya mempunyai dana kecemasan yang mencukupi?
  • Berapa banyakkah yang patut saya belanjakan di luar bajet saya?
  • Adakah wang saya disimpan di tempat yang betul?
  • Berapa lamakah saya dapat mencapai simpanan sejuta ringgit yang pertama?
  • Di manakah patut saya laburkan wang saya?Adakah saya mampu memiliki lebih daripada satu rumah?
  • Bagaimanakah boleh saya kurangkan/optimumkan pinjaman saya?
  • Berapa lamakah (bulan atau tahun) matlamat saya akan tertangguh jika saya membeli sesuatu benda?
  • Adakah perancangan harta saya dibuat dengan betul?
  • Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak mempunyai wasiat?
  • Apakah jenis insurans yang saya benar-benar perlukan?
  • Adakah perlindungan insurans saya kurang atau lebih daripada yang sepatutnya?
  • Bolehkah saya bersara tepat pada waktunya atau lebih awal?
  • Berapa lamakah dana persaraan saya boleh bertahan?
  • Berapakah jumlah dana yang saya perlukan untuk bersara pada umur tertentu?
  • Bagaimanakah boleh saya capai matlamat persaraan saya lebih awal?
  • Berapakah jumlah pelepasan cukai tahunan saya?


Sumber: Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM)